Intan Shahira
Welcome to my blog!| Dashboard | +Follow
MAGGI PARTY :D
Friday, October 30, 2015 | 9:49:00 AM | 0 Blackjack
Maggi Party 


Assalamualaikum

This is my first post after deleted all my posts before this hahaha. Awkward nya bila berblog balik. Dah lama tinggalkan zaman blog ni sejak dua tiga tahun lepas, hehehe. Yalah, dulu famous dengan blog-blog semua ni. Sekarang ni orang banyak online dekat twitter dan instagram je. Okay straight to the point jelah. Pembuka kata yang entah apa-apa aku buat ni (malu sendiri)


Jumaat, 30 Oktober 2015 

Aku officially dah habis PAT (exam akhir tahun). Apa yang sedihnya, cikgu-cikgu langsung tak hiraukan kami yang form 4 ni. Form 5 dengan majlis diaorang, form 3 pun sama. Form 4 je tak ada buat apa-apa. Siap cikgu kaunseling kata, kenapa kamu datang hari ini? Betapa hancurnya hati kitaorang bila cikgu cakap macam tu. HAHAHA tipu je. Kitaorang buat donno je. Disebabkan hari ni tak ada siapa pedulikan kami, so kami buat hal sendiri. Buat sekolah tu macam bapa aku punya. Aku dengan budak kelas aku pergi ke kantin sebab dah tak ada tempat lain nak pergi. Maka, bermula lah maggi party kami. 


Nak dijadikan cerita, hari Khamis (semalam) salah seorang budak kelas aku kata nak bawa maggi esok (hari ni) sebabnya dekat rumah dia banyak stok maggi. 4 kotak maggi rasanya ada dekat rumah dia. So, dia nak bagi kitaorang sikit. Dengan tak malunya, kitaorang terima. (rezeki jangan ditolak ;) ) Petangnya tu (hari Khamis), kitaorang sibuk ber-whatsapp dalam group kelas. Ada yang nak bawa dapur masak lah, kettle lah, kalau boleh kuali pun nak dibawanya hanya sebab nak masak maggi tu. Semua sembang kencang. Last-last, tak bawa pun. Semua dah putus idea, macam mana nak makan maggi tu dekat sekolah. Malam tu, tak ada siapa pun buka cerita pasal maggi. 

Esoknya, aku pergi sekolah macam biasa. Sampai sekolah around 7 pagi. Zana (yang bawa maggi) bawa 1 kotak maggi, ada 6 bungkus dalam kotak tu. Aku dah semangat nak makan maggi tu sebab tak pernah makan. Bukan tak pernah makan maggi seumur hidup. Cuma maggi tu yang Maggi Royal Korea ke apa tah. So, nak rasalah sedap ke tak (ada ke maggi yang tak sedap?). Sebab hari ni hari Jumaat, kitaorang ada bacaan yaasiin dekat surau. Lepas habis bacaan yaasiin, ustazah suruh pergi dataran, tapi bila dah sampai dekat dataran, cikgu dekat situ suruh pergi gelanggang badminton (between blok A dan blok B). Sana-sini kitaorang berjalan. Then, Mizan decide pergi kantin jelah. 






Berbaris cup u HAHAHA


Masa sampai dekat kantin, Izzah terus keluarkan tumbler kecik dia. Tak sangka dia bawa tumbler sebab nak masak maggi HAHAHA (emoji ketawa) siap dengan mangkuk dengan 2 garpu. Semua tak ada bawa mangkuk ke apa so, aku cadangkan beli cup air dekat koperasi dengan sudu dekat kantin. Senang sikit nak makan. Tak payah kongsi bekas. Sambil tu, dua orang budak kelas aku pergi beli air panas dekat kantin. Semua dah excited. Masa sampai je air panas tu (dalam tumbler) kitaorang masukkan maggi dengan perencahnya. Dah siap tu, kitaorang tunggu few minutes bagi maggi kembang. Bila dah kembang magginya, semua letak cup diaorang dekat tumbler. Tapi, tak cukup sebab masak 1 bungkus je dulu, dalamnya ada 4 bungkus. Mana cukup kalau orangnya ada 14 orang. 





Berbuih-buih masa kitaorang masukkan maggi



Sebab tak cukup, kitaorang beli air panas lagi dan masak. Sampai acik kantin pun dah menyampah tengok muka yang sama beli air panas je. 4 kali kitaorang beli air panas. Semua pelahap, habiskan maggi time-time tu juga. hahaha Ada kawan kitaorang yang amik exam lagi hari ni, diaorang makan lambat. Daripada pukul 8.30 pagi macam tu sampai waktu rehat. Cikgu yang lalu pun pelik je tengok kitaorang yang dah macam berok. Takleh duduk diam, bising-bising. Menjatuhkan maruah kelas sains je HAHAHA.  




tengoklah muka ain tu terlopong tengok maggi hahaha



Dah kenyang tu, kitaorang kemas lah balik mejanya. Yang bersepah dengan perencah jatuh kat meja. Apa lagi, time to take a nap lah. Kitaorang pergi surau, lepak dekat situ je. Ada yang tidur, bangun-bangun je muka tak boleh bla langsung. Semua selamba je baring-baring dekat surau. Yalah, sekolah perempuan, mana ada lelaki. Ada pun cikgu je. 



Maggi come to mamaa :*  




Antara orang yang menghabiskan maggi dengan lahapnya HAHAHA



Ketua Blog Ini



TWITTER : @IntanShahira

INSTAGRAM : @intanshhhira